Friday, June 4, 2010

cuti~!

hoorrreeeeeyyy~!!!esok bermula cuti pertengahan tahun..

selamat bercuti semua..
kakak2..abang2..adik...anak buah~!
Mari kita enjoy..

ape projek?
main bowling kah?
Mandi manda kah?
shopping kah?

wut ever...kedah wait 4 me..~!

Datang dan Kembali

Kehidupan ini sesungguhnya sudah diaturNya. Setiap kelahiran dan kematian sememangnya telah ditetapkan. Teringat masa mengaji sekolah agama dulu..ustaz kata 'kita ni hidup hanya sementara...kalau ALLAH kata ''kun fa ya kun'' maka jadilah ia...'lagi 1 kita ni apabila lahir maka tarikh atau masa kematian kita juga sudah ada...di mana ada sebatang pokok yang terdapat nama kita..(pada daun pokok itu) apabila gugur daun itu, maka itulah saat kematian kita.Allahualam.

Ingin saya kongsikan satu cerita yang berlaku pada minggu ini. Sesungguhnya Allah Maha Besar.
31 Mei 2010 seperti biasa pergi kerja dan melakukan rutin seharian dan ingin menyelesaikan tugas-tugas yang ada sebelum cuti sekolah. Untuk pengetahuan pagi itu, saya ke sekolah seperti biasa dengan menunggang motorsikal.Pagi itu sangat gelap..risau di hati ini, jangan la hujan tak pepasal tak g sekolah sebab hujan. Tengah nak bersiap Kak Sue (housemate+roomate) saya memanggil, katanya nak tumpang sekali. Ahhh...takde hal..jom je.tapi..kak Sue menagndung..sian dia ~ dalam hati saat itu kalau kak Sue bagitau awal leh saya tahan kete kak Natrah (rakan sekerja juga)..kete die baru je lalu. Tidak mengapa..mudah=mudahan selamat...risau gak saya nak bawak orang mengandung ni.Saya ni bawak motor boleh tahan la...hiihihi. Selamat tiba ke tempat keje...alhamdulillah lega selamat.

Cerita bersambung malam plak...malam itu saya agak sibuk..(menyibukkan diri jek..hihi) mungkin dah ketentuanNya juga..Kak Sue sakit perut yang amat dan keluar darah. Kami yang lain mana tau~sume bujang lagi..naseb Kak Tiqah (housemate jgk) adadia tolong bawak p hospital. Saya ketika itu hanya mendoakan sume dalam keadaan selamat. Mereka ke Hospital Tapah dalam pukul 10 kemudian pukul 11.30 Kak Tiqah balik dan bagitu Kak Sue akan di hantar ke Hospital Ipoh.oooohhhh...risau sgt...sampai malam itu saya tidak boleh tidur...

es0k Paginya@1 Julai 2010
Kak Sue dah selamat bersalin. Bayi pramatang..dimasukkan ke dalam inkubator. Kak Sue bersalin normal katanya..Rakan-rakan sekerja semuanya tidak mempercayainya..iye la kak Sue tue dh 7 bulan mengandung tapi tak nampak perut...Alhamdulillah kamu jadi makcik la kata kak Sue~acik Mas...

Petang itu bersama kak Wahida (sorg lagi housemate) ke Hospital Ipoh. Gembira melihat kak SUe..dah selamat katanya...lega dah tak sakit tapi masa bersalin macam nak putus urat ~!alamak...cam takut la plak dengo gitu..

Nama baby pon dah ada kak Sue kata ~Yusof Azhari...nice name! Ingatkan leh tgk baby tapi xpe la nanti2 leh tgk..bisik hati kecil ini.

2 Julai 2010
Pergi kerja macam biasa...agak kepenatan dan qada tidur..huhu.Tengah syok tido kak Wahida datang kejutkan..mas...anak kak Sue meninggal~!huh..macam nak gugur jantung...Ya Allah berat sungguh dugaan ini...kak Sue agak sukar mengandung dan xsangka baby hanya sempat hidup 1 hari sahaja.

Selepas kak Wahida kompomkan kak Sue ada di mana, kami sepakat nak ke ipoh@kawasan kg manjoi...kak Sue ada kat umah aciknya..selepas maghrib kami gerak..ya ALLAH moga kak Sue tabah.

Sesampainya..mana ada ibu yang tak sayang anak..nampak kak Sue masih teringat...berlinang air matanya..oohh Tuhan tak ingin ku menangis..hrp x banjir la mata ini..alhamdulilah saya masih mampu menahan air mata. Sambil bersembang nampak riak wajahnya yang menyesali apa yang terjadi..kak Sue usah ragu..inilah takdirNya.

Alhamdulillah pukul 10 kami berangkat pulang..kata suami kak Sue..esok jenazah akan dikebumikan...kami memang tak boleh janji boleh pergi..kerja..klu orang atasan bagi alhamdulillah...boleh pergi.


3 Jun 2010
Pergi kerja dan berita kematian itu memang menyedihkan. Rakan sekerja ramai yang mahu menziarah tapi orang atas tak bagi..sapa mau pergi amik crk.hhuhu...

Petang selepas keje, gerak ke rumah family kak Sue bersama Kak Wahida. Alhamdulillah..kak Sue dah ok..nampak keredhaan dia apabila bercakap..dah boleh senyum dan xde la nampak sedih sgt.Syukurlah...anak itu akan menunggu di pintu syurga..

Salam takziah buat kak Sue sekeluarga..banyak perkara yang dapat saya pelajari dalam rentetan kisah ini.nanti ada masa kita sambung.

~daripada DIA kita datang kepada DIA kita kembali ~