Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Telah tiba saat waktu...
Ramadhan datang kembali
Meninggalkan Syaaban..
Memberi ruang dan kesempatan untuk hambaNya mencari keredhaan
Jalan takwa terbentang luas
Terpulang kepada diri
Tepuk dada tanya selera.

~selamat berpuasa~
~bersama mengimarahkan Ramadhan~

Monday, July 25, 2011

Masa berlalu pantas

Terasa baru je memulakan tahun 2011..
Masuk sekolah pandang seorang demi seorang pelajar dengan pelbagai gelagat dan ragam.
Kini bagaikan tidak terasa sudah menjengah ke bulan Julai.

Pelbagai cerita dan episod sudah berlalu..tidak ingin dikenang hanya mahu meneruskan cerita yang akan datang. Ramadhan Al-Mubarak juga bakal menjelma..mari bersama kita mengimarahkannya.