Tuesday, August 31, 2010

bahagia

alhamdulillah...
masih meneruskan 10 Ramadhan yang terakhir...
ya ALLAH moga rasa bahagia ini berterusan....

bersama mengimarahkan 10 ramadhan terakhir ini

Monday, August 23, 2010

Temuduga

Rasa macam dah lama je tidak menulis..
alhamdulillah..kembali semula menulis....

Minggu lepas ada hari yang paling penting buat diri ini...
Kenapa?Apakah ianya?
o0Oooo...ni la nak kongsi...
19 Ogos 2010,
Tarikh temuduga SPP~Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan...
oohhh ini adalah temuduga pertama untuk tahun ini...
ini temuduga untuk ke jawatan tetap PPPS DG41...

oohhh...memang berdebar...
ready dalam tak ready..seyes itulah rasa di dalam diri ini.
tapi..buat2 yakin dan selamba je..

Selepas sahur, bergerak menaiki Black saya yang cantek...menuju ke Tasek Damai...thanks kepada abah yang sangat membantu..ohhh anakmu ini telah menyusahkan abah..terima kasih abah...hantar Yah..

Menjadi orang pertama yang ditemuduga..ohhh xpenah dibuatnye...macam2 panel tue tanya;...
seyes terasa tau tapi macam xmau keluar dari mulut ini...oohhh seksanya perasaan ini. Dalam 20 minit gak la bersoal jawab...akhirnya, alhamdulillah dah keluar tue rasa lega dan hanya fikir nak balik dan xnak fikir dah..mudah2an ade berita baik selepas ini

...::: Ya Allah..permudahkanlah urusan hambaMu ini :::...

Tuesday, August 17, 2010

Seminggu sehari telah berlalu...

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 8 umat islam berpuasa...
Moga Ramadhan ini berlalu dengan penuh barakah.
aMiN Ya Allah.

Ramadhan mengajar erti kesabaran

Sunday, August 15, 2010

syukur

Setelah 2 hari berpuasa di rumah sewa bersama rakan-rakan....hari yang ditunggu sudah tiba.Usai kelas pagi itu hati ini sangat teruja dan bersemangat..oohhh xsabarnya nak balik kampung berbuka bersama mak dan abah, berterawih dna bersahur.

Bersyukurnya masih berpeluang berpuasa dan berbuka dengan mak abah..sememangnya rezeki dan bertuahnya diri ini bekerja di daerah sendiri...alhamdulillah.

Petang itu, (13 Ogos 2010) bersama mak membakar ikan keli...rasa sayu pon ade..ooohhh apakah perasaan ini..sesungguhnya diri ini sangat beruntung ya Allah.Terima Kasih Ya Allah.. Sambil membakar ikan keli, aku mengambil peluang menolong mak..katanya nak buat gulai lemak tempe dan tauhu..ohhh sedap tu..

Jadi, petang itu kami 3 beranak berbuka dengan nasi putih+ikan keli bakar+air asam+gulai lemak tempe dan tauhu.Itulah rezeki kami..terima kasih Ya Allah...

Malam semua berterawih..alhamdulillah masih ramai musliamat yang ke masjid dan berjemaah terawih.Alhamdulillah...

14 Ogos 2010 ~ my Mr B coming...thanks 2 my bro, Abg Emi dan isteri...cayang korang..
Petang tu bawak Arief dan Hanna ke bazar Trolak, Arief dengan air soyanya dan Hanna dengan kuih itamnye (nama kuih xingt). Berbuka petang itu agak meriah, abg Emi dan Kak Raihan balik..Hanna dan Arief juga ada bersama..

ooohhh...bestnye kalau dapat berkumpul ramai-ramai~!
xpe la...masing2 ade halnya..moga ade kesempatan

...:::Syukur atas nikmatMU:::...

Thursday, August 12, 2010

SAHUR, PUASA, IFTAR & TERAWIH

alhamdulillah...
2 hari telah berlalu...
2 hari jugalah umat islam sudah berpuasa...

Ya Allah terima kasih atas rahmatMu...
bersyukur sangat Ramadhan kali...diri ini masih di sini..
bersama-sama berpuasa...iftar dan berterawih.
moga Ramadhan ini akan dipenuhi sepenuh-penuhnya.Insyaallah~!

Definisi

Sahur
(Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut Sehri, Sahari dan Suhoor, ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan ramadhan. Ia di lakukan sebelum waktu imsak. Sahur ialah makan di waktu pagi manakala iftar ialah makan di waktu petang untuk berbuka puasa pada bulan ramadan.

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Iftar
(Arab: إفطار), merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Umat Islam digalakkan iftar dengan buah kurma atau makanan manis lain.

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

sumber : From Wikipedia, the free encyclopedia


Tahun ini, pertama kalinya berpuasa setelah bekerja, berpuasa bersama rakan-rakan. Bersama rakan serumah ~ Kak Wahida dan Kak Ainor.Moga Ramadhan ini penuh barakahMu. Terasa seronok kali ini..makan bersama..semua bersama..
Ramadhan ini juga ingin ku tekadkan di hati :
i) mahu bersahur
ii) nak masak untuk berbuka
iii) mahu berterawih
iv) mengaji

Kak Wahida dan Kak Ainor..
bersama kita mengimarahkan Ramadhan ini.


Bersama mengimarahkan Ramadhan




Tuesday, August 10, 2010

Kenikmatan

Alhamdulillah...
yang di tunggu-tunggu telah tiba...
malam tadi selamat menunaikan solat sunat terawih di Surau As-Saadah Taman Sri Damai...
alangkah indahnya dan bersyukur dengan kehadiran Ramadhan...
solat berjemaah dan bersama mengimarahkan Ramadhan ini

Mudah-mudahan Ramadhan ini bukan hanya meriah dan semangat berkobar-kobar memenuhi ruang-ruang masjid dan surau di awal Ramadhan, biarlah ianya semakin hari semakin mendekatkan diri kita kepadaNya dan merebut peluang di bulan mulia ini.


Tanamkan azam di hati ini agar menghayati Ramadhan...
+ menghargai peluang dan ruang yang ada
+ perbanyakkan zikir dan selawat
+ kurangkan tidur
+ istiqamah dalam bersahur dan berterawih..
+ buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.

Ramadhan bulan Tarbiyah dan Jihad

Monday, August 9, 2010

Ramadhan al Mubarak

ahlan wasahlan ya Ramadhan...
ahlan wasahlan ya Ramadhan...
ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Mari bersama kita mengimarahkannya~!!

Esok 10 Ogos 2010 tarikh melihat anak bulan..
moga bulan kelihatan dan kita akan berpuasa mulai 11 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT~

Ramadhan bulan Tarbiyah dan Jihad...

Friday, August 6, 2010

HIDUP INI INDAH

Dah lama rasanya tidak membaca blog www.saifulislam.com. Hari ini tengah free2 layan la dan terdapat sesuatu yang menarik buat renungan bersama..

Ini adalah nota untuk siaran pagi Isnin 5 Julai 2010: Slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias di Radio IKIM.FM 91.5, pada jam 7:30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat di sepanjang bulan Julai.

Bersama hayati :

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen. Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
  6. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.
  7. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN
  8. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
  9. Nabi SAW bersabda: صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
  10. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
  11. Wal-‘Asr

Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Wednesday, August 4, 2010

Resepi : Ayam masak lemak bercendawan sisir

Cara memasak gulai ayam masak lemak bercendawan sisir

Bahan-bahan yang diperlukan :

i) ayam - potong kecil
ii) cendawan sisir
iii) bawang besar
iv) cili padi @ cili burung
v) santan
vi) serai
vii) geram

Cara menyediakannya :

i) tumbuk cendawan sisir - bagi pecah sket
ii) blender @ tumbuk bawang besar+cili padi tadi
iii) titik serai

Cara memasak :

~ Masukkan cendawan sisir dan ayam ke dalam periuk
~ Masukkan pati santan dan didihkan di atas api
~ Masukkan cili+bawang yang telah diblender
~ Apabila mendidih masukkan serai dan garam

Siap untuk dihidang...





cendawan sisir


# inilah cendawan sisir bg yang xtahu...
# cendawan ni selalu tumbuh lepas hujan kt pokok getah yang mati...

~sekali rasa pasti teringat~

Kenangan PSKPP Negeri Perak 2010

pasukan bola jaring PSKPP Batang Padang 2010

baris depan : Cik B, Maslya (penulis), Cikgu Laila, Kak Ngah, Kak Kayah
baris tengah : Kak Piah, Kak Yan, Kak Ju, Kak Zue
baris belakang : Kak Teh, Kak Ella, Kak Z, Kak Jiah, Kak N, As


Tahun ni 1st tyme aku join PSKPP...
acara tetap la ~ bola jaring
bersama rakan guru dan guru2 sekolah menengahku dan juga coachku zaman bermain di sekolah menengah dahulu...
sangat berseronok dan pastinya akan menjadi 1 kenangan...
ade rezeki tahun depan leh main lagi...

~tahun ni menang dengan Manjung, tahun depan kita kasi Pari Hilir Perak plak gigit jari~

Majulah Sukan Untuk Batang Padang

Monday, August 2, 2010

marah

Pagi indah ku dicemari dengan perkara yang tidak baik...
ooohhhh...i benci~!

ape yg berlaku?
malasnye nak ingat but..
boleh tak hargai ape yang ada?
dah la awak tue just 'menumpang'~!
seyes ak marah....
arrggghhh tension...pagiku hancuss...

smpai opis...
tetibe selsema...oohhh apakah?
wutever..terimalah dengan hati yang ikhlas...
ikhlaskan hati~!!!

ambil masa la untuk terima keadaan ini..
chayuk~!

~enjoy ur life~

Sunday, August 1, 2010

penuh erti

ahad ~ 1 Ogos 2010

pagi2 bangun seperti biasa...
oohhh sejuknye..buat2 lupe plak...kampungku mmg sejuk..
ooohhhh...ape projek?
tetibe mak ajak g pasar sungkai...
mahu saja diri ku ini...
naik kete kah?
ooohhh tidak...
abah tidak memberi kebenaran...katanya naik moto sudah..bukan nk beli ape kan..hahhah
mak xkesah pon...ak jek yg lebih2..gian nak bawak kete...

7.50 pagi dah gerak g Sungkai...
oohhh sejuknye...
dalam kepala ni xde bende pon nak beli..ikut mak je.
sampai jek trus g pasar basah..cari ikan..kot2 ade ikan lampam..oohhh saya mahu ikan lampam.
kata mak xde la.jalan la kita cari ayam...
ikut saje..
tapi....
oohhh saya nmpak cendawan sisir...mahu2..
teringat zaman sek kebangsaan,kecik2 dl..kalau hujan byk la cendawan ni tumbuh...
nt g ngan abg Emi..g kutip..mak masak gulai lemak...
ooohhh kecur air liur...

berharap yang mak akan beli...huhu
pusing2..beli ayam+sayur+dll...
mak kata ~ cendawan tadi klu masak lemak sedap tu..
oohhh mmg la mak..kita beli ek...
yahooo...nyum..nyum...

cendawan sisir
balik je umah mak trus masak...
oohh sedapnye...
teringat zaman kecik2 dulu...
terima kasih mak..

gulai ayam masak lemak cili padi ngan cendawan sisir

~erti hidup~

pandang ke depan

kelmarin berpeluang chat ngan kawan lama...
tetibe memberi 1 idea n ruang utk diri ini...
jangan simpan..luahkan~!

ooohhhh...im try my best~!

hidup ini bukan mudah...
kadangkala di atas, kadangkala di bawah,
seringkali merasakan ianya betul,
seringkali menyalahkan orang lain..
ooohhh moga masih ada ruang utk diri ini untuk berubah.

cerita lama

im back~!

ok..mmg agak lmbat utk menceritakannya tapi nak jgak share...
~perjalanan ke Kedah.

cuti semester hari tue..
niat di hati ini memang nak berjalan sakan...
ingat nak lepak Kedah seminggu alah2..xdpt lampu ijau..
itu pon naseb baik la bagitau bos besar awal2..kalau x..mmg dapat lampu merah la..
wutever..i know y~!bcoz my dad n my mum love me~!!thanks mak n abah.

okey berbalik kepada cerita..
bermula cuti...
5hb..dh balik kampung...
xde tempat lain dh..dh sah2 balik trolak..jumpe mak abah...
kali ni cuti xde sape balik..kakak ~ ismat ade tusyen..abg E..ada la halnye..
arrggghhh xpayah nak ckp org...sume ade komitmen.naseb ak yg bujang..ahaks...
tapi naseb Emi ada...tue pon die balik umah mak mertua dl..balik dr sana br singgah..ok la tu bro.

nothing spesel..g kenduri + lepak2 kt umah + ngadap tv

ahad tue ~ 6hb Jun
baru la ade plan baik punye~!
nak g kenduri Mawar-x classmate 3 A1 kat SEMETRO dl..
g skali ngan G-ja, Aziah, Fairuz and Noorun..
mmg xsangka die nak kawen..huh...mmg musim org kawen xpayah nak pikir la...dh jodoh dorg...

Kenduri Mawar
Jarang rasanya ak g knduri utara..klu g pon ngan mak abah la..umah sedara mara..
so agak xcited la..
hihi...
kami pon ke sana...
sampai2 (dh lewat pon kami g coz tgu Noorun, die dtg lepas tlg ayah die kt pasar sungkai..baik sungguh Noorun ni) pengantin tengah makan..wahhh cantek~!!biru u..
tahniah Mawar ~ semalat menjadi isteri orang...
semoga berbahagia ke akhir hayat.


bersama raja sehari

beramai2 ngan Mawar - permaisuri sehari

Mawar dan pasangannya

balik umah..lepak2 + nyembang + tunjuk gambar kat mak..
mak : oohhh..die ni mak ingt..
yah : ye la die la..
hihi..mak ak ni bagus sket memori die..kawan2 ak selalu die ingt muka tapi nama xtau..cayang mak..

Dah lepak2 + nyembang ak pon paking la baju..oohhh Kedah here i come...aadoi~!!suke tul ak ni
semangat gler...sbb ape?ntah la ak pon pelik...ahaks

dat nite..naik train..ohh terujanya...
abah kata klu emi xbalik abah hntarkan tapi...
arrrgggghhh xkesah la...lastly emi balik..tQ bro..
so emi hntarkan ke stesen KTM Sungkai.Masa salam abah - abah dh sound apsal beg beso sgt...bape hari nak g?pastikan sebelum jumaat blk~!huhu...paham2 la ko cik yah...
tak kesah la abah...yang penting yah balik kan?hihi

So...menunggu la ak kat KTM tue...ketapi delay dekat 1 jam..huh buhsan ya amat...naseb ade earphone-leh layan lagu+ tyme 2 kol en Azmin...huh tersangat labuhsan menunggu...

12.55 malam
akhirnya penantianku berakhir..ketepi smpai..
naik2 cari tempat duduk..ohhhh ade teman sebelah-lelaki..ok la layan.
dalam 5 minit je kot die dh lena...bio je la..aku masih melayan lagu n buku di tangan....
dari sejam ke sejam..ahhh xleh tahan..tdo gak la...jauh tu nk ke Kedah..

sedar2 dalam kul 4.50 pagi...oohhh selamber tul mamt ni lentok kat aku..
angin je aku rasa...rasa nk je ak kejutkan die...
ahh tetibe rasa tension...
ready 4 subuh...alhamdulillah.
ak dah berubah tempat...naseb kerusi sebelah dah xde orang...
berhenti lama gak kt Georgtown kot...tukar kepala kata Farah.
xkesah la yang penting jap lagi ak sampai la kt SP n dapat jumpe Farah.

Finally,
7hb June pukul 7.20 train sampai kat SP..
ooohhh sy sudah nampak cik Farah...
thanks Farah..amik Mas n tumpang umah Farah.
So, dah salam peluk cium Farah bawak balik umah die..huh 1st tyme after 4yr berkawan..ak sampai gak ke rumah die..

Alhamdulillah...perjalanan yang panjang...
Farah suh rehat2 n iron baju..nak g kenduri abg Mie Olym..
huh...xcited...
1st tyme nk makan kenduri kt Pendang..
sembang2 ngan Farah baru la teringat nak ajak Fath..huh naseb die ada..so ajak sekali la..
ooohhh mmg reunion kecil2an...

12.00 tghari
Gerak dari rumah Farah ke Alor Star..g amik Fath dl...oohhh jauhnye...
Actly ak dh lapar..bile la nak sampai..
Dah amik Fath pusing balik..g Pendang plak...ohhh lambatnye lagi...
haha...

2.30 petang Akhirnya sampai umah abg Mie...huh naseb baik masih meriah n org ramai..klu x salam terus g cari kdai makan la...hahahha
So...dengan segannya kami pon salam n amik makanan..seyes sume dah lapar..hihi
Makan dengan nikmatnya...sedap gak lauk ni..(padahal tgh lapar)
Tengah sedap makan pengantin mai...oohhhh serba ijau ....lawa..sepadan gitu.


raja sehari


bersama pengantin

Biarkan pengantin..kami masih menikmati makanan..ohhh laksa plak mai...cm best je..jemput makan ye..Farah n Fath dh serender...pas2 tgk ak cm xcaye...
fath : byknye ko makan mas..
ak : alamak ...dh cm sedap ak mkn je la...lg pon nk bgmbar pengantin xsudah mkn lg..hihi

farah yg kusyuk mkn

makan2

jmput makan laksa...

ternyata laksa itu sgt sedap..rugi kome x mkan..hahaha
sedap2 makan laksa...kak Mc La NADI smpai..jemput makan sekali la....
sembang2 sket + amik gambar.
sekian kami pon balik.
senyum

kak McLa n family bsama famili bergambar bersama pengantin

ooohhhh...hari yang panjang tapi penuh bermakna.

8hb June
xde wut pe..lepak2 je..sembang2 nk sesi meluah rasa...ahaks..
ye la dh lama xjmpe...
ooohhh...semoga kita semua akan berbahagia..amin

petang tue Farah ajak g tengok adik die..alamak kt mana dh lupe...
jalan2 la...pusing2...Farah tunjuk sekolah die..oohhh seronoknye bertukar2 cerita...
windu zaman belajar la plak...

9hb June
masih melepak n bercerita...
hari ni duk plan nak jmpe abg Met..wajib jmpe..
huhu.........
dari pagi duk setting ade je aral..last2 ptg tue Farah kata kite kuar dulu nt kite cari la abg Met...
rezeki kami...dapat la jgk jmpe...
kesian abg Met..kete rosak katanya..
wutever...selamat pengantin baru yea...
kami dapat bagi adiah awai je xdapat nak g kenduri...

Duk sembang n bercerita...
Dari 1 topik ke satu topik...
pasti akan ak rindu abg Met...
seyes sporting gile abg Met ni...
selamat hendakNya ya abg Met...

10hb June Masa dah time...
u must go back home...
huhu...
mak abah dh menanti..
terima kasih Farah n family...
ade rezeki kita jmpe lagi...
hujung tahun ini kah?
moga semuanya berjalan lancar Farah...
amin~!



walimatul urus menjadi medan pertemuan