Monday, October 4, 2010

mengenang kembali

Syawal yang datang bagaikan menjadi satu medan untuk pertemuan..Alhamdulillahdapat beraya bersama keluarga sudah semestinya...xlupe juga dapat berkumpul jmpe jiran tetangga,rakan taulan dan orang sekampung.

Bermula 1 Syawal...sememangnya diri ini tak menang tangan, sibuk menerima kunjungan tetamu. Alhamdulillah murah rezeki orang kata.


yang ada di pagi raya


jiran belah kiri~mak lang dan anak2+cucu2


jiran bertandang

riuh rendah dgn kehadiran jiran

mak melayan anak O-G

wif 0G dan anak dara die~cumil
kunjungan mak cik siah sekeluarga

gamat dengan cerita zaman kecik2 dl..

rombongan pakcik2 a.k.a kwn abah


ni yang tinggal...dah xseramai dl..

Antara tetamu yang ada...ni pagi smpai petang 1 Syawal..yang malam pon ada..memamg meriah...

~bersambung...



potret keluarga

Syawal masih ada beberapa hari...
niat di hati cube nak menghabiskan puasa 6..tapi macam x berjaya je...
mudah2an ada la Syawal tahun depan...
amin ya Allah...

3 Syawal yg lalu merupakan saat paling best bagi diri ini~ (mood xmou ingt benda x best)
Alhamdulillah...kami sekeluarga dapat berkumpul di rumah mak abah..semua ada...dari kakak dan anak2...hingga la ke udin..Alhamdulillah...


kami adik beradik bersama mak abah

keluarga besar kami



Semoga Syawal akan datang lebih bermakna..
amin ya ALLAH~!

Friday, September 10, 2010

tiada makna

huh...
semalam 1 Syawal tapi...diri ini terasa tiada ape2..ntah la sukar jugak nak mengertikan perasaan sendiri..hukhuk...
biarlah...ape yang berlalu mungkin bahagian aku..terima je la...malas nak fikir cik mas?masuk bilik tidur je la...xsuke?xpe..berdiam lah anda...


sekian~!

lebaran ini

salam Aidilfitri..maaf zahir batin.


Monday, September 6, 2010

rasa apakah ini?

di saat orang rasa gembira menanti lebaran yang akan tiba..hati ini mempunyai rasa aneh..
entah kenapa...diri ini tertanya2 juga..
apa beza mereka dengan aku?
oohhh...anasir jahat ini mengganggu perasaan ini..

~sesungguhnya kita tidak dapat memuaskan hati semua orang~

Thursday, September 2, 2010

selamat bercuti

aLHAMDULILLAH...masa yang di tunggu..
berakhir sudah persekolahan hari ini..
mulai esok mula bercuti sampai la ke lebaran...
inilah rezeki menjadi cikgu...
di kesempatan ini Mas ingin mengucapkan :
~ selamat bercuti
~ hati-hati pulang bercuti~pandu cermat jiwa selamat...
~ jaga diri
~ bagi yang nak UPSR, PMR dan SPM..jangan enjoy sgt..bukak buku jgak cuti ni

dan tak lupe jgak..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, August 31, 2010

bahagia

alhamdulillah...
masih meneruskan 10 Ramadhan yang terakhir...
ya ALLAH moga rasa bahagia ini berterusan....

bersama mengimarahkan 10 ramadhan terakhir ini

Monday, August 23, 2010

Temuduga

Rasa macam dah lama je tidak menulis..
alhamdulillah..kembali semula menulis....

Minggu lepas ada hari yang paling penting buat diri ini...
Kenapa?Apakah ianya?
o0Oooo...ni la nak kongsi...
19 Ogos 2010,
Tarikh temuduga SPP~Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan...
oohhh ini adalah temuduga pertama untuk tahun ini...
ini temuduga untuk ke jawatan tetap PPPS DG41...

oohhh...memang berdebar...
ready dalam tak ready..seyes itulah rasa di dalam diri ini.
tapi..buat2 yakin dan selamba je..

Selepas sahur, bergerak menaiki Black saya yang cantek...menuju ke Tasek Damai...thanks kepada abah yang sangat membantu..ohhh anakmu ini telah menyusahkan abah..terima kasih abah...hantar Yah..

Menjadi orang pertama yang ditemuduga..ohhh xpenah dibuatnye...macam2 panel tue tanya;...
seyes terasa tau tapi macam xmau keluar dari mulut ini...oohhh seksanya perasaan ini. Dalam 20 minit gak la bersoal jawab...akhirnya, alhamdulillah dah keluar tue rasa lega dan hanya fikir nak balik dan xnak fikir dah..mudah2an ade berita baik selepas ini

...::: Ya Allah..permudahkanlah urusan hambaMu ini :::...

Tuesday, August 17, 2010

Seminggu sehari telah berlalu...

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 8 umat islam berpuasa...
Moga Ramadhan ini berlalu dengan penuh barakah.
aMiN Ya Allah.

Ramadhan mengajar erti kesabaran

Sunday, August 15, 2010

syukur

Setelah 2 hari berpuasa di rumah sewa bersama rakan-rakan....hari yang ditunggu sudah tiba.Usai kelas pagi itu hati ini sangat teruja dan bersemangat..oohhh xsabarnya nak balik kampung berbuka bersama mak dan abah, berterawih dna bersahur.

Bersyukurnya masih berpeluang berpuasa dan berbuka dengan mak abah..sememangnya rezeki dan bertuahnya diri ini bekerja di daerah sendiri...alhamdulillah.

Petang itu, (13 Ogos 2010) bersama mak membakar ikan keli...rasa sayu pon ade..ooohhh apakah perasaan ini..sesungguhnya diri ini sangat beruntung ya Allah.Terima Kasih Ya Allah.. Sambil membakar ikan keli, aku mengambil peluang menolong mak..katanya nak buat gulai lemak tempe dan tauhu..ohhh sedap tu..

Jadi, petang itu kami 3 beranak berbuka dengan nasi putih+ikan keli bakar+air asam+gulai lemak tempe dan tauhu.Itulah rezeki kami..terima kasih Ya Allah...

Malam semua berterawih..alhamdulillah masih ramai musliamat yang ke masjid dan berjemaah terawih.Alhamdulillah...

14 Ogos 2010 ~ my Mr B coming...thanks 2 my bro, Abg Emi dan isteri...cayang korang..
Petang tu bawak Arief dan Hanna ke bazar Trolak, Arief dengan air soyanya dan Hanna dengan kuih itamnye (nama kuih xingt). Berbuka petang itu agak meriah, abg Emi dan Kak Raihan balik..Hanna dan Arief juga ada bersama..

ooohhh...bestnye kalau dapat berkumpul ramai-ramai~!
xpe la...masing2 ade halnya..moga ade kesempatan

...:::Syukur atas nikmatMU:::...

Thursday, August 12, 2010

SAHUR, PUASA, IFTAR & TERAWIH

alhamdulillah...
2 hari telah berlalu...
2 hari jugalah umat islam sudah berpuasa...

Ya Allah terima kasih atas rahmatMu...
bersyukur sangat Ramadhan kali...diri ini masih di sini..
bersama-sama berpuasa...iftar dan berterawih.
moga Ramadhan ini akan dipenuhi sepenuh-penuhnya.Insyaallah~!

Definisi

Sahur
(Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut Sehri, Sahari dan Suhoor, ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan ramadhan. Ia di lakukan sebelum waktu imsak. Sahur ialah makan di waktu pagi manakala iftar ialah makan di waktu petang untuk berbuka puasa pada bulan ramadan.

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Iftar
(Arab: إفطار), merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Umat Islam digalakkan iftar dengan buah kurma atau makanan manis lain.

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

sumber : From Wikipedia, the free encyclopedia


Tahun ini, pertama kalinya berpuasa setelah bekerja, berpuasa bersama rakan-rakan. Bersama rakan serumah ~ Kak Wahida dan Kak Ainor.Moga Ramadhan ini penuh barakahMu. Terasa seronok kali ini..makan bersama..semua bersama..
Ramadhan ini juga ingin ku tekadkan di hati :
i) mahu bersahur
ii) nak masak untuk berbuka
iii) mahu berterawih
iv) mengaji

Kak Wahida dan Kak Ainor..
bersama kita mengimarahkan Ramadhan ini.


Bersama mengimarahkan Ramadhan




Tuesday, August 10, 2010

Kenikmatan

Alhamdulillah...
yang di tunggu-tunggu telah tiba...
malam tadi selamat menunaikan solat sunat terawih di Surau As-Saadah Taman Sri Damai...
alangkah indahnya dan bersyukur dengan kehadiran Ramadhan...
solat berjemaah dan bersama mengimarahkan Ramadhan ini

Mudah-mudahan Ramadhan ini bukan hanya meriah dan semangat berkobar-kobar memenuhi ruang-ruang masjid dan surau di awal Ramadhan, biarlah ianya semakin hari semakin mendekatkan diri kita kepadaNya dan merebut peluang di bulan mulia ini.


Tanamkan azam di hati ini agar menghayati Ramadhan...
+ menghargai peluang dan ruang yang ada
+ perbanyakkan zikir dan selawat
+ kurangkan tidur
+ istiqamah dalam bersahur dan berterawih..
+ buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.

Ramadhan bulan Tarbiyah dan Jihad

Monday, August 9, 2010

Ramadhan al Mubarak

ahlan wasahlan ya Ramadhan...
ahlan wasahlan ya Ramadhan...
ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Mari bersama kita mengimarahkannya~!!

Esok 10 Ogos 2010 tarikh melihat anak bulan..
moga bulan kelihatan dan kita akan berpuasa mulai 11 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT~

Ramadhan bulan Tarbiyah dan Jihad...

Friday, August 6, 2010

HIDUP INI INDAH

Dah lama rasanya tidak membaca blog www.saifulislam.com. Hari ini tengah free2 layan la dan terdapat sesuatu yang menarik buat renungan bersama..

Ini adalah nota untuk siaran pagi Isnin 5 Julai 2010: Slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias di Radio IKIM.FM 91.5, pada jam 7:30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat di sepanjang bulan Julai.

Bersama hayati :

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen. Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
  6. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.
  7. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN
  8. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
  9. Nabi SAW bersabda: صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
  10. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
  11. Wal-‘Asr

Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Wednesday, August 4, 2010

Resepi : Ayam masak lemak bercendawan sisir

Cara memasak gulai ayam masak lemak bercendawan sisir

Bahan-bahan yang diperlukan :

i) ayam - potong kecil
ii) cendawan sisir
iii) bawang besar
iv) cili padi @ cili burung
v) santan
vi) serai
vii) geram

Cara menyediakannya :

i) tumbuk cendawan sisir - bagi pecah sket
ii) blender @ tumbuk bawang besar+cili padi tadi
iii) titik serai

Cara memasak :

~ Masukkan cendawan sisir dan ayam ke dalam periuk
~ Masukkan pati santan dan didihkan di atas api
~ Masukkan cili+bawang yang telah diblender
~ Apabila mendidih masukkan serai dan garam

Siap untuk dihidang...





cendawan sisir


# inilah cendawan sisir bg yang xtahu...
# cendawan ni selalu tumbuh lepas hujan kt pokok getah yang mati...

~sekali rasa pasti teringat~

Kenangan PSKPP Negeri Perak 2010

pasukan bola jaring PSKPP Batang Padang 2010

baris depan : Cik B, Maslya (penulis), Cikgu Laila, Kak Ngah, Kak Kayah
baris tengah : Kak Piah, Kak Yan, Kak Ju, Kak Zue
baris belakang : Kak Teh, Kak Ella, Kak Z, Kak Jiah, Kak N, As


Tahun ni 1st tyme aku join PSKPP...
acara tetap la ~ bola jaring
bersama rakan guru dan guru2 sekolah menengahku dan juga coachku zaman bermain di sekolah menengah dahulu...
sangat berseronok dan pastinya akan menjadi 1 kenangan...
ade rezeki tahun depan leh main lagi...

~tahun ni menang dengan Manjung, tahun depan kita kasi Pari Hilir Perak plak gigit jari~

Majulah Sukan Untuk Batang Padang

Monday, August 2, 2010

marah

Pagi indah ku dicemari dengan perkara yang tidak baik...
ooohhhh...i benci~!

ape yg berlaku?
malasnye nak ingat but..
boleh tak hargai ape yang ada?
dah la awak tue just 'menumpang'~!
seyes ak marah....
arrggghhh tension...pagiku hancuss...

smpai opis...
tetibe selsema...oohhh apakah?
wutever..terimalah dengan hati yang ikhlas...
ikhlaskan hati~!!!

ambil masa la untuk terima keadaan ini..
chayuk~!

~enjoy ur life~

Sunday, August 1, 2010

penuh erti

ahad ~ 1 Ogos 2010

pagi2 bangun seperti biasa...
oohhh sejuknye..buat2 lupe plak...kampungku mmg sejuk..
ooohhhh...ape projek?
tetibe mak ajak g pasar sungkai...
mahu saja diri ku ini...
naik kete kah?
ooohhh tidak...
abah tidak memberi kebenaran...katanya naik moto sudah..bukan nk beli ape kan..hahhah
mak xkesah pon...ak jek yg lebih2..gian nak bawak kete...

7.50 pagi dah gerak g Sungkai...
oohhh sejuknye...
dalam kepala ni xde bende pon nak beli..ikut mak je.
sampai jek trus g pasar basah..cari ikan..kot2 ade ikan lampam..oohhh saya mahu ikan lampam.
kata mak xde la.jalan la kita cari ayam...
ikut saje..
tapi....
oohhh saya nmpak cendawan sisir...mahu2..
teringat zaman sek kebangsaan,kecik2 dl..kalau hujan byk la cendawan ni tumbuh...
nt g ngan abg Emi..g kutip..mak masak gulai lemak...
ooohhh kecur air liur...

berharap yang mak akan beli...huhu
pusing2..beli ayam+sayur+dll...
mak kata ~ cendawan tadi klu masak lemak sedap tu..
oohhh mmg la mak..kita beli ek...
yahooo...nyum..nyum...

cendawan sisir
balik je umah mak trus masak...
oohh sedapnye...
teringat zaman kecik2 dulu...
terima kasih mak..

gulai ayam masak lemak cili padi ngan cendawan sisir

~erti hidup~

pandang ke depan

kelmarin berpeluang chat ngan kawan lama...
tetibe memberi 1 idea n ruang utk diri ini...
jangan simpan..luahkan~!

ooohhhh...im try my best~!

hidup ini bukan mudah...
kadangkala di atas, kadangkala di bawah,
seringkali merasakan ianya betul,
seringkali menyalahkan orang lain..
ooohhh moga masih ada ruang utk diri ini untuk berubah.

cerita lama

im back~!

ok..mmg agak lmbat utk menceritakannya tapi nak jgak share...
~perjalanan ke Kedah.

cuti semester hari tue..
niat di hati ini memang nak berjalan sakan...
ingat nak lepak Kedah seminggu alah2..xdpt lampu ijau..
itu pon naseb baik la bagitau bos besar awal2..kalau x..mmg dapat lampu merah la..
wutever..i know y~!bcoz my dad n my mum love me~!!thanks mak n abah.

okey berbalik kepada cerita..
bermula cuti...
5hb..dh balik kampung...
xde tempat lain dh..dh sah2 balik trolak..jumpe mak abah...
kali ni cuti xde sape balik..kakak ~ ismat ade tusyen..abg E..ada la halnye..
arrggghhh xpayah nak ckp org...sume ade komitmen.naseb ak yg bujang..ahaks...
tapi naseb Emi ada...tue pon die balik umah mak mertua dl..balik dr sana br singgah..ok la tu bro.

nothing spesel..g kenduri + lepak2 kt umah + ngadap tv

ahad tue ~ 6hb Jun
baru la ade plan baik punye~!
nak g kenduri Mawar-x classmate 3 A1 kat SEMETRO dl..
g skali ngan G-ja, Aziah, Fairuz and Noorun..
mmg xsangka die nak kawen..huh...mmg musim org kawen xpayah nak pikir la...dh jodoh dorg...

Kenduri Mawar
Jarang rasanya ak g knduri utara..klu g pon ngan mak abah la..umah sedara mara..
so agak xcited la..
hihi...
kami pon ke sana...
sampai2 (dh lewat pon kami g coz tgu Noorun, die dtg lepas tlg ayah die kt pasar sungkai..baik sungguh Noorun ni) pengantin tengah makan..wahhh cantek~!!biru u..
tahniah Mawar ~ semalat menjadi isteri orang...
semoga berbahagia ke akhir hayat.


bersama raja sehari

beramai2 ngan Mawar - permaisuri sehari

Mawar dan pasangannya

balik umah..lepak2 + nyembang + tunjuk gambar kat mak..
mak : oohhh..die ni mak ingt..
yah : ye la die la..
hihi..mak ak ni bagus sket memori die..kawan2 ak selalu die ingt muka tapi nama xtau..cayang mak..

Dah lepak2 + nyembang ak pon paking la baju..oohhh Kedah here i come...aadoi~!!suke tul ak ni
semangat gler...sbb ape?ntah la ak pon pelik...ahaks

dat nite..naik train..ohh terujanya...
abah kata klu emi xbalik abah hntarkan tapi...
arrrgggghhh xkesah la...lastly emi balik..tQ bro..
so emi hntarkan ke stesen KTM Sungkai.Masa salam abah - abah dh sound apsal beg beso sgt...bape hari nak g?pastikan sebelum jumaat blk~!huhu...paham2 la ko cik yah...
tak kesah la abah...yang penting yah balik kan?hihi

So...menunggu la ak kat KTM tue...ketapi delay dekat 1 jam..huh buhsan ya amat...naseb ade earphone-leh layan lagu+ tyme 2 kol en Azmin...huh tersangat labuhsan menunggu...

12.55 malam
akhirnya penantianku berakhir..ketepi smpai..
naik2 cari tempat duduk..ohhhh ade teman sebelah-lelaki..ok la layan.
dalam 5 minit je kot die dh lena...bio je la..aku masih melayan lagu n buku di tangan....
dari sejam ke sejam..ahhh xleh tahan..tdo gak la...jauh tu nk ke Kedah..

sedar2 dalam kul 4.50 pagi...oohhh selamber tul mamt ni lentok kat aku..
angin je aku rasa...rasa nk je ak kejutkan die...
ahh tetibe rasa tension...
ready 4 subuh...alhamdulillah.
ak dah berubah tempat...naseb kerusi sebelah dah xde orang...
berhenti lama gak kt Georgtown kot...tukar kepala kata Farah.
xkesah la yang penting jap lagi ak sampai la kt SP n dapat jumpe Farah.

Finally,
7hb June pukul 7.20 train sampai kat SP..
ooohhh sy sudah nampak cik Farah...
thanks Farah..amik Mas n tumpang umah Farah.
So, dah salam peluk cium Farah bawak balik umah die..huh 1st tyme after 4yr berkawan..ak sampai gak ke rumah die..

Alhamdulillah...perjalanan yang panjang...
Farah suh rehat2 n iron baju..nak g kenduri abg Mie Olym..
huh...xcited...
1st tyme nk makan kenduri kt Pendang..
sembang2 ngan Farah baru la teringat nak ajak Fath..huh naseb die ada..so ajak sekali la..
ooohhh mmg reunion kecil2an...

12.00 tghari
Gerak dari rumah Farah ke Alor Star..g amik Fath dl...oohhh jauhnye...
Actly ak dh lapar..bile la nak sampai..
Dah amik Fath pusing balik..g Pendang plak...ohhh lambatnye lagi...
haha...

2.30 petang Akhirnya sampai umah abg Mie...huh naseb baik masih meriah n org ramai..klu x salam terus g cari kdai makan la...hahahha
So...dengan segannya kami pon salam n amik makanan..seyes sume dah lapar..hihi
Makan dengan nikmatnya...sedap gak lauk ni..(padahal tgh lapar)
Tengah sedap makan pengantin mai...oohhhh serba ijau ....lawa..sepadan gitu.


raja sehari


bersama pengantin

Biarkan pengantin..kami masih menikmati makanan..ohhh laksa plak mai...cm best je..jemput makan ye..Farah n Fath dh serender...pas2 tgk ak cm xcaye...
fath : byknye ko makan mas..
ak : alamak ...dh cm sedap ak mkn je la...lg pon nk bgmbar pengantin xsudah mkn lg..hihi

farah yg kusyuk mkn

makan2

jmput makan laksa...

ternyata laksa itu sgt sedap..rugi kome x mkan..hahaha
sedap2 makan laksa...kak Mc La NADI smpai..jemput makan sekali la....
sembang2 sket + amik gambar.
sekian kami pon balik.
senyum

kak McLa n family bsama famili bergambar bersama pengantin

ooohhhh...hari yang panjang tapi penuh bermakna.

8hb June
xde wut pe..lepak2 je..sembang2 nk sesi meluah rasa...ahaks..
ye la dh lama xjmpe...
ooohhh...semoga kita semua akan berbahagia..amin

petang tue Farah ajak g tengok adik die..alamak kt mana dh lupe...
jalan2 la...pusing2...Farah tunjuk sekolah die..oohhh seronoknye bertukar2 cerita...
windu zaman belajar la plak...

9hb June
masih melepak n bercerita...
hari ni duk plan nak jmpe abg Met..wajib jmpe..
huhu.........
dari pagi duk setting ade je aral..last2 ptg tue Farah kata kite kuar dulu nt kite cari la abg Met...
rezeki kami...dapat la jgk jmpe...
kesian abg Met..kete rosak katanya..
wutever...selamat pengantin baru yea...
kami dapat bagi adiah awai je xdapat nak g kenduri...

Duk sembang n bercerita...
Dari 1 topik ke satu topik...
pasti akan ak rindu abg Met...
seyes sporting gile abg Met ni...
selamat hendakNya ya abg Met...

10hb June Masa dah time...
u must go back home...
huhu...
mak abah dh menanti..
terima kasih Farah n family...
ade rezeki kita jmpe lagi...
hujung tahun ini kah?
moga semuanya berjalan lancar Farah...
amin~!



walimatul urus menjadi medan pertemuan

Thursday, July 22, 2010

kerinduan

assalamualaikum wbt dan salam mesra~!

terasa sudah lama tidak menulis di sini...
kerinduan yang amat...
ingin kuluah dan kukongsikan banyak perkara tapi seringkali tidak berkesempatan...
moga ini adalah kesempatan yang baik...
insyaallah...


rasanya last post ku adalah sebelum cuti mid year...memang dah lama...
selepas cuti diri ini semakin menyebukkan diri...

yang pasti cutiku terisi bersama keluarga dan tidak dilupakan dengan makan kenduri...hahahhaha rasanya x banyak kali masak cuti kali ini...but really enjoy diz holiday~!

ada kesempatan ingin kukongsikan pengalaman ke Kedah dengan menaiki keretapi~1st tyme naik ketapi ke tempat yg jauh dan xpenah sampai...xlupe pengalaman menjadi pengapit kawan baikku~Sally....dan bermacam2 lagi...

~hargailah masa yang kita ada~

Friday, June 4, 2010

cuti~!

hoorrreeeeeyyy~!!!esok bermula cuti pertengahan tahun..

selamat bercuti semua..
kakak2..abang2..adik...anak buah~!
Mari kita enjoy..

ape projek?
main bowling kah?
Mandi manda kah?
shopping kah?

wut ever...kedah wait 4 me..~!

Datang dan Kembali

Kehidupan ini sesungguhnya sudah diaturNya. Setiap kelahiran dan kematian sememangnya telah ditetapkan. Teringat masa mengaji sekolah agama dulu..ustaz kata 'kita ni hidup hanya sementara...kalau ALLAH kata ''kun fa ya kun'' maka jadilah ia...'lagi 1 kita ni apabila lahir maka tarikh atau masa kematian kita juga sudah ada...di mana ada sebatang pokok yang terdapat nama kita..(pada daun pokok itu) apabila gugur daun itu, maka itulah saat kematian kita.Allahualam.

Ingin saya kongsikan satu cerita yang berlaku pada minggu ini. Sesungguhnya Allah Maha Besar.
31 Mei 2010 seperti biasa pergi kerja dan melakukan rutin seharian dan ingin menyelesaikan tugas-tugas yang ada sebelum cuti sekolah. Untuk pengetahuan pagi itu, saya ke sekolah seperti biasa dengan menunggang motorsikal.Pagi itu sangat gelap..risau di hati ini, jangan la hujan tak pepasal tak g sekolah sebab hujan. Tengah nak bersiap Kak Sue (housemate+roomate) saya memanggil, katanya nak tumpang sekali. Ahhh...takde hal..jom je.tapi..kak Sue menagndung..sian dia ~ dalam hati saat itu kalau kak Sue bagitau awal leh saya tahan kete kak Natrah (rakan sekerja juga)..kete die baru je lalu. Tidak mengapa..mudah=mudahan selamat...risau gak saya nak bawak orang mengandung ni.Saya ni bawak motor boleh tahan la...hiihihi. Selamat tiba ke tempat keje...alhamdulillah lega selamat.

Cerita bersambung malam plak...malam itu saya agak sibuk..(menyibukkan diri jek..hihi) mungkin dah ketentuanNya juga..Kak Sue sakit perut yang amat dan keluar darah. Kami yang lain mana tau~sume bujang lagi..naseb Kak Tiqah (housemate jgk) adadia tolong bawak p hospital. Saya ketika itu hanya mendoakan sume dalam keadaan selamat. Mereka ke Hospital Tapah dalam pukul 10 kemudian pukul 11.30 Kak Tiqah balik dan bagitu Kak Sue akan di hantar ke Hospital Ipoh.oooohhhh...risau sgt...sampai malam itu saya tidak boleh tidur...

es0k Paginya@1 Julai 2010
Kak Sue dah selamat bersalin. Bayi pramatang..dimasukkan ke dalam inkubator. Kak Sue bersalin normal katanya..Rakan-rakan sekerja semuanya tidak mempercayainya..iye la kak Sue tue dh 7 bulan mengandung tapi tak nampak perut...Alhamdulillah kamu jadi makcik la kata kak Sue~acik Mas...

Petang itu bersama kak Wahida (sorg lagi housemate) ke Hospital Ipoh. Gembira melihat kak SUe..dah selamat katanya...lega dah tak sakit tapi masa bersalin macam nak putus urat ~!alamak...cam takut la plak dengo gitu..

Nama baby pon dah ada kak Sue kata ~Yusof Azhari...nice name! Ingatkan leh tgk baby tapi xpe la nanti2 leh tgk..bisik hati kecil ini.

2 Julai 2010
Pergi kerja macam biasa...agak kepenatan dan qada tidur..huhu.Tengah syok tido kak Wahida datang kejutkan..mas...anak kak Sue meninggal~!huh..macam nak gugur jantung...Ya Allah berat sungguh dugaan ini...kak Sue agak sukar mengandung dan xsangka baby hanya sempat hidup 1 hari sahaja.

Selepas kak Wahida kompomkan kak Sue ada di mana, kami sepakat nak ke ipoh@kawasan kg manjoi...kak Sue ada kat umah aciknya..selepas maghrib kami gerak..ya ALLAH moga kak Sue tabah.

Sesampainya..mana ada ibu yang tak sayang anak..nampak kak Sue masih teringat...berlinang air matanya..oohh Tuhan tak ingin ku menangis..hrp x banjir la mata ini..alhamdulilah saya masih mampu menahan air mata. Sambil bersembang nampak riak wajahnya yang menyesali apa yang terjadi..kak Sue usah ragu..inilah takdirNya.

Alhamdulillah pukul 10 kami berangkat pulang..kata suami kak Sue..esok jenazah akan dikebumikan...kami memang tak boleh janji boleh pergi..kerja..klu orang atasan bagi alhamdulillah...boleh pergi.


3 Jun 2010
Pergi kerja dan berita kematian itu memang menyedihkan. Rakan sekerja ramai yang mahu menziarah tapi orang atas tak bagi..sapa mau pergi amik crk.hhuhu...

Petang selepas keje, gerak ke rumah family kak Sue bersama Kak Wahida. Alhamdulillah..kak Sue dah ok..nampak keredhaan dia apabila bercakap..dah boleh senyum dan xde la nampak sedih sgt.Syukurlah...anak itu akan menunggu di pintu syurga..

Salam takziah buat kak Sue sekeluarga..banyak perkara yang dapat saya pelajari dalam rentetan kisah ini.nanti ada masa kita sambung.

~daripada DIA kita datang kepada DIA kita kembali ~

Monday, May 17, 2010

Hari Ahadku~!

Sepanjang minggu lepas diri ini menyibukkan diri dengan pelbagai perkara...baik buruk suka duka mula mewarnai hidup ini.

Ahad 16 Mei 2010...
Hari Guru~!
wahhh...SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik di Malaysia.

Agendaku penuh hari ini..memang hebat dan meriah. Apa agendanya?
i) tgk Kejohanan Sofbol MSSPk
ii) mengabiskan masa di GM ~ beli baju spesel tuk majlis Hari Guru n beli hadiah tuk tukar2 hadiah sesama guru.
iii) tgk perlawanan hoki ~19th Sultan Azlan Cup 2010...Malaysia vs Australia.

Alhamdulillah apa yang inginku lakukan minggu ini berjaya.

Having a good time with Batang Padang's coach,manager and PTPS of softball. Its okey geng...we can build a great team next year...hahaha..

Buat :
Cikgu Kamis ~ terima kasih atas kesempatan n pengalaman.
Cikgu Hasnol ~ teruja n x sangka...thanks a lot~!
Cikgu Azambri ~ dansa...hihi..memang sempoi~!
Sir Anthony ~ we can do~!
Cikgu Adyani ~ kak...tahun depan kita buat lagi baik...huhu
dan buat semua yg ada kaitan ngan sofbol BP...ini baru bermula...

Cikgu Hasnol, Sir Anthony dan Cikgu Kamis


Cikgu Azambri dan Kak Adyani

okey..dats all about softball...tutup cite..but after diz i'll open a book..study semula pasal softball..hihi ->FLAG?apakah ianya cik Maslya?hahahaha...i'll check it out..

Lepas lunch terus lepak Greentown Mall...lama gak lepak situ...dari pukul 1.30 sampai kul 5...perrgggghhhh pecah rekod.Jalan-jalan dari 1 kedai ke 1 kedai...belek2 baju n tudung...motif utama : mencari baju pink or purple...ikut tema smbutan hari guru sekolah aku..

1st time sambut hari guru

Alhamdulillah.x sesia jenjalan kt sana...akhirnya ak dapat la baju yg di inginkan....ok la dari xde baju..aku dh la g sekolah jarang2 pakai baju kurung...so baju sume terhad..jadi xsalahlah aku membeli...hahaha...

Pukul 5 aku dh settle sume...tunggu kawan a.k.a En Sabari amik ...die la yg nak bawak ak g tgk hoki. Hujan renyai2 ketika aku kuar dari GM. Risau gak klu hujan tapi xpe..dun wori..hihi...

Pukul 6.00 masih ada game..Pakistan lawan China...result masih 0-0. Itu pun dah masa tambahan...lastly penalti la..memang sama2 hebat dalam penalti..boleh 5-5...sampai la...jaringan ke 6 oleh Pakistan dan China tidak berjaya membolosi gawang Pakistan. Pakistan menang 6-5 jaringan penalti setelah keputusan 0-0.

Pemain Malaysia dah mula bersiap sedia...Go Malaysia Go~!!
Semangat sungguh aku...hope Malaysia menang..~!
Team Malaysia masuk padang


Game bermula pukul 7.05 malam...mendebarkan...aku plak yg lebih2 rasa cm nk pecah je dada..tgk badminton pon cmni...ish2...1st half, its a good game...cayalah Malaysia...

babak cemas~last gol Malaysia

Malaysia

Lupe plak nk share..aku dapat duk kt stage berbumbung...walaupon hujan aku xla basah..hihi tQ ek cikgu Husin..xsangka jmpe cikgu Azhar n isteri..cikgu Normah...suke~!

dengan cikgu Normah~SELAMAT HARI GURU CIKGU~!

Ok 2nd half yang mendebarkan...xmou cite panjang la...sememangnya bukan rezeki Malaysia...Result penuh, Malaysia kalah 3-5 kepada Australia.
duduk kt luar plak

Final..India vs Korea.Hujan lebat...mereka hanya sempat main dalam 12 minit je..then tangguh game n keputusanya kemenangan bersama. Dalam sejarah tue~!

Masa ni jgak aku jumpe En. Kanaisan.Dulu jadi instraktor Hoki n ref utk Indoor Hockey UPSI..(merangkap senior aku jgak). Sekarang beliau dah bertukar ke Maktab pERGURUAN Ulu Kinta, Ipoh.
bergambar bersam En Kanaisan

Its a great day~!
enjoy its while u can my dear~!





Saturday, May 15, 2010

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia...
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Friday, May 14, 2010

Tanggungjawab

~amanah yang diberi~

Aku bukan seorang yang bagus..tambahan plak aku guru baru...sebenarnya banyak perkara yang ingin aku pelajari..bantu lah aku...didiklah aku dan tunjukkan contoh kepada aku.

Jika ada yang salah betulkan...
Jika ada yang salah lagi tegurlah...
Jika ada yang kurang tambahkan...
Itu yang aku mahukan...

Menjadi S/U sesuatu program amat kurisaukn...
Kenapa?
Zaman belajar dulu senang ..kalau AJK tidak menjalankan tugas kita boleh tegur atau beritahu kerjanya...tetapi sekarang...untuk menegur dan bercakap dengan cikgu senior pon susah (berkenaan kerja).

Okeh mungkin ini pengajaran dan pengalaman pertama...
Tidak mengapa...jadikan ianya pengalaman berharga..

CERITA 1 :

Dua hari sebelum majlis/program...
cikgu 1 : minggu ni kita ada program ****** ^*&(&(^%$?i ajk mana ntah...lupe la...
cikgu 2 : a-a la..minggu ni ke?alamak i pon lupe la ...buat2 lupe boleh tak?
cikgu 1 dan cikgu 2 : sama2 gelak...hahahhaha
cikgu 1 : ala...lagipun kan ramai cikgu baru...cikgu praktikal pon ada..biar la..
cikgu 2 : betul tue...i nk datang lambat la...
cikgu 1 : xkesah la..yang penting kita datang tau...

ni sebahagian karenah guru yang aku jumpe...dahsyat jugak kan...~!
tapi...inilah kebenarannya...

CERITA 2 :

Hari kejadian..
s/u program : sekarang dah pukul 8.00 pagi..boleh kumpulkan pelajar dah. cuma orang atas xde.
cikgu 1 : s/u macam mana ni...ibu bapa dh ramai yg datang...hari pun dah mula panas...boleh agihkan kumpulan x ni?
s/u program : klu ikutkan boleh la...dh pukul 8.cuma...
(s/u tidak tahu dh nk buat ape..sume cikgu bertanyakan dia ajk mana...sape lg yg sama dgn dia...pening s/u)

last2...datang seorang cikgu dan bantu mengagihkan kumpulan serta membahagikan tugas2...
ketika itu sudah 8.30 pagi dan sememangnya majlis bermula 8.30 pagi..pelajar berjaya di arahkan untuk melakukan kerja2 tertentu...

tiba-tiba...
datang seseorang (s/u memang mencari orang itu seawal dari pagi td)
X : kenapa dah bergerak?bagaimana pembahagian kerja..kenapa x tunggu saya?
s/u : (dalam hati : baru sampai ke ?penat aku cari tadi...bdak dh berpeluh2 tunggu...nak tunggu dia lagi?alamat berpanas la bdk dgo ucapan plak)
X : budak2 dah tau ke nak buat ape?kelas yang terlibat?abes pukul berapa?nape kamu x tunggu saya?pandai2 kamu je ye...
s/u : budak2 dh lama tunggu n parents.....
(xsempat s/u nak cakap die~X dah marah2)

~ cikgu2 lain pon terkejut n teruskan je ape yg ada...

Itulah yang terjadi kepada S/U itu...
ApepUn terima kasih kepada guru2 yang memberi kerjasama...

# usah mengalahkan orang lain andai anda yang bersalah.
# mengakui kelemahan bukanlah perkara yang salah.



~HIDUP BIAR BERMAKNA~





Wednesday, May 12, 2010

M A R A H + C E R I A

Hari ni aku g sekolah cam biasa...berniat agar hari ini segala yang perlu diuruskan akan selesai.Amin..

Minggu ni jadi guru bertugas mingguan..so far ok je..xde hal la bertugas..bukan kne buat keje berat..hihi...Tapi hari Rabu memang aku lemah..nape?nk masuk kelas yang budaknya xberapa nak aku berkenan.huh~!!Payah...!!

Biarlah..doaku semoga berjalan lancar. Buat je cm biasa...but diz week mmg aku xmou membincangkan topik kesihatan..beri ruang bdk2 buat keje n study..kononnye la klu dorg study..

2nd period xde hal..kelas ok..masuk 3rd period free..makan nasi lemak..hihi..lapor suda...

4th period masuk la kelas tue..bdk2 ni aku bukannye nak suh dorang wut benda teruk2 pon..ish2...suke beno ponteng kelas..~!!muka yg sama je yg ponteng kelas...fine~!ingt aku nak tutup mata?xpe...siap la korg...korg yg mintak aku buat mcm tuhhhhhh~~

Perasaan marah ni sungguh x bagus..sekarang aku dh mula rasa menggigil..dulu yea aku akui yang aku memang agak pemarah..bila baran aku hilang susah nak kata..tapi bagus gak la..xbgus marah2 ni..~!!XSUKE..~!!

Tadi gigil gak la nk marah bdk tue..ya ALLAH moga aku diberi kekuatan...
lagi 1..naseb gak la ngajo sek menengah..klu sek rendah?Xdapat den nak bayangkan...

Biarlah mereka..tapi aku memang xsuke perasaan pagi td..
moga suatu hari mereka mengerti bahawa pelajaran itu penting tambah pan pula mereka itu anak bangsaku juga...

Alhamdulillah..dh tengahari sket dh ok...xde rasa marah sgt...seronok duk bilik guru baru..hihi..(ohh xsempat nk cite pengalaman berpindah randah ke blok baru).

Petang tadi jugak ade sukaneka sempena Hari Guru..lagi la berseronok..kadangkala rasa bahagia sgt ngan BA sbb cikgu2 yg sporting..permainan tetap..bola jaring ler..team yg sama..tapi kak Wana xde die g meting..sian die..frust xdapat main...

ehhhh...dh melalut ntah ke mana....
yang penting ade 2 rasa pada hari ini.
pilihlah cik yah~anda mahu rasa yag mana?


~hargai masa anda~



Monday, May 10, 2010

Seminggu

Seminggu lepas diri ini sangat sibuk...huh kadang-kala aku rasa aku memang menyibukkan diri..huahua...tapi ini la kepuasannya...

Isnin 3 Mei ~ Kejohanan Sofbol MSSD (Perempuan bawah 18thn) di SMK (F) Besout.
Walaupun kepenatan baru sampai dari Subang malam itu..aku gagahkan jugak untuk memandu..hahaha..dapat bawak budak2 ngan meminjam kete abah..terima kasih abah~!!

mereka

Permulaan yang baik bagi sekolah aku~
1st game ~ SMKBA dapat menewaskan SMK KEJO. (16 - 8)
Perrgghhh hebat gak budak perempuan ni..latihan pon last minute..ingat pada mulanya x mau hantar..last2.hantar je la..bg peluang dan ruang..kalah menang lain kira.

fielding tyme

Seterusnya lawan SMK AK...nama agak gah tapi aku dan kak Kayah (jurulatih) memberi kata semangat...kalau KEJO dapat di kalahkan...xmustahil AK pon dapat di kalahkan. BA menang 9-5 ke atas AK.nOT bad rite?

nana~catcher

So last game..lawan HK..so far dah menang 2..so ada peluang la untuk ke pusingan ke 2. but klu menang ngan HK mmg lagi hebat la..hihi...perlawanan yang menggerunkan...leh ke kata cm2?pemain2 BA sume takut..ish dorang ni...takut benor..Nad la ketara pucat gler muka die..but its a good game...1st inning dorg main dalam ketakutan..2nd inning dh ok..xde larian langsung HK dapat...well done~!!Keputusannya..BA kalah kepada HK dengan 1-10.

Alhamdulillah...BA berjaya mara ke pusingan ke - 2.
SMK HK menjadi johan kumpulan dan SMKBA menjadi naib johan kumpulan. (kumpulan B)
manakala SMV SR menjadi johan kumpulan A dan SMK ST menjadi naib johan kumpulan A.

Actually berbanyak terima kasih untuk Cikgu Kamis, beliau yang banyak memberi semangat dan peluang kepada budak2 BA. Thumb up~!!

So far untuk 1st day game tiada masalah..pemain BA mula memahami permainan sofbol. Cara nak curi bes, cara nak mematikan pemain lawan. Good job geng~!
Jadinya esk BA akan kembali semula untuk pusingan ke-2

Selasa ~ 4 Mei 2010
Pusingan ke-2 bermula..bertemu SMV SR.
Huhu..jika semalam permainan berjalan dengan baik...penuh semangat kesukanan.Ewahhh..memang la ade main psiko but its normal...xde la teruk mana..usik2 battle dan pitcher tue adat la...

Hari ni permainan agak emo.Sebab ape?Kedua-dua pasukan mahukan kemenangan untuk layak ke final..tambahan pula BA mmg new coming..so SMV lagi la confident leh menang. Finally..we're the winner~!!congratz geng!!

result

Final tyme~!!
BA jumpa HK..jumpe lagi..kali ni pemain BA xde la gentar sangat..hihi...relax n enjoy d game..klu menang 1 kejayaan yang besar n klu kalah pon xkesah coz kami memang x menjangkakan sejauh ni pencapaian BA perempuan dalam sofbol. A good game..but memang xde luck utk BA. HK menang dengan 11-0.

Well done BA~!!
SMKBA players with Pn. Rokayah, En. Fahmi and Cik Maslya

thanks and congratz to all BA players..next yr kita wut lebih baik..after PPT ni kita traning okey?

full result

2 orang pemain BA terpilih utk mewakili daerah~Pikah n Nina..tahniah~!

bersama kak Kayah
Rabu - 5 Mei 2010
Sofbol lelaki pulak..
1st game lawan ngan SMK ST. Nasib tidak menyebelahi BA.
2nd game lawan SMV SR..juga kalah tapi its a good game..dh mula dapat rentak...tapi memang bukan rezeki..kalah.
~its ok geng..its a new experience..u all masih muda..baru form 1 n form 2..next yr kita buat lagi baik..ok?
so..dh kalah 2..xlayak ke pusingan ke-2..but ade 1 more game..ngan SMK SAG..seri..time ni pemain BA dh mula bijak bermain..dah tau macam mana nk control game..good job~!!
pemain lelaki SMKBA

Cuti hujung minggu lalu...8-9 Mei di habiskan bersama bebudak sofbol Batang Padang. Sesuatu yang baru telah dipelajari. Sesungguhnya zaman remaja seharusnya di nikmati sepenuhnya...~> ayat ni utk bebudak tue la..zaman aku dh berlalu...hihi. Hanya kepuasan dalam meguruskan mereka.

Road to final 3/4...
Batang Padang bukanlah satu pasukan pilihan..tapi kali ni..Batang Padang mencetuskan fenomena baru..1 kumpulan ngan daerah yang hebat2 belaka..LMS dan Kerian .
bersama kak Adyani

BP team
8 Mei 2010
1st game lawan LMS..BP menang dengan 12-8..n0t bad...semangat membara...semestinya LMS terkejut..xsangka pasukan bukan pilihan menang dan BP tersenyum..

2nd game lawan Kerian lagi sekali mencipta sejarah..menang dan layak ke pusingan ke 2..good jod BP...menang ke atas Kerian 6-4.

Ini seterusnya menjadikan BP johan kumpulan.
Hebat~!
BP players

9 Mei 2010
Pusingan ke 2 bermula..
1st game bertemu Hilir Perak.Agak menggerunkan coz every yr dorg mmg masuk 2nd round..but ape la sangat..hihi..BP menang ke atas Hilir Perak..12 - 6.caya lah~!!

2nd game...bertemu Manjung-Bigfoot
Menakutkan jgk la...badan dorang besar2..dh pesan awal2 kt pitcher klu badan besar bagi ball je..hihi...1 perlawanan yang hebat.BP dh leading 6-1 pada 1st inning..tinggal 10 minit n Manjung mengganas...bukan rezeki BP untuk ke final..final result 13-6.

Seterusnya ke final ke 3/4.
Bertemu dengan Kinta Utara..
Players dh down..banyak sangat simple mistake..
Memang bukan rezeki BP..kalah 12-4.

Ape-ape pon..tahniah untuk team BP~!

Semoga tahun depan ada ruang dan masa untuk aku menyertai mereka lagi..untuk anak didikku....bersama kita memberi cabaran kepada sekolah sebelah. Jangan gentar dengan nama mereka..buktikan anda mampu lakukan..


~ perjalanan seminggu ini banyak memberi ilmu baru...pengurusan dan recall semual permainan sofbol..terima kasih atas peluang dan ruang yang di berikan...

~ a smart game..use ur mind~

Sunday, May 9, 2010

XPDC Gunung Liang

Log hiking ni dh lama aku simpan..malam ni..ku gagahkan jgak tuk menyiapkannya..~!

Sedikit info mengenai Gunung Liang.

G. Liang Timur 1933 m (6343 kaki) dpl - G. Liang Barat 1933m (6342 kaki) dpl adalah gunung kembar. Kedua-dua puncak gunung ini berdekatan dan berkongsi kaki gunung. Gunung ini terletak di Tg. Malim, Perak. Kedua-dua puncak gunung ini ditanda dengan beirut dan batu tanda. Walaupun gunung ini kembar tapi tidaklah seiras, puncak G. Liang Timur dilitupi pokok yang tinggi melepasi ketinggian Beirut manakala G. Liang Barat pula agak lapang dan terdedah.


15 April 2010

11.00 malam
Masuk Kg Sg Dara bersama peserta dari UTP..mereka datang dengan sebuah bas dan aku bersama guider..abg ayien and the gang menaiki van. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari pekan Slim River. Kami terus menuju ke kem site.


12.00 malam
Selamat tiba di kem site dan bersedia untuk mendirikan khemah dan menguruskan diri. Agak teruja untuk mendirikan/menaikkan fly sebab dh lama tidak berkhemah..huhu...last naikkan fly gini time wilderness kot..masa kt outdoor UPSI..khemah baik punye...sume complete...siap ade letrik..huhu...(saat ini..jr UPSI sedang berPL di Sekadas...huhu nk joinnnn~!!). Dah settle semua lepak2 sambil menikmati teh O panas..sakan bersembang...aku tidur lebih kurang pukul 2.30 pagi.

16 April 2010
MULAKAN HARIMU DENGAN CERIA

7.00 pagi
Selesai berdating dan menguruskan diri...aku join Adi buat sarapan . Sarapan kami pagi itu adalah roti canai dan teh O panas.


adi dan roti canainya


8.30 pagi
Aku mengemas barang dan beg serta memastikan semua barang yang perlu dibawa sudah ada dalam beg. Masa ni peserta dari UTP tak siap lagi..dorang ni bersemangta menyediakan makanan.breakfast+lunch...
guider yg sedang berkemas


peserta UTP ~ ada yang mengemas dan bersiap apa yg patut



9.30 pagi
Setelah siap sedia, masa untuk streching~panaskan badan. Sangat teruja...xtau la nk kata...tak sabar rasanya..yea la..1st time hiking ngan geng Outrail~geng abg Alan..naik Gunung Bujang Melaka~tahun 2006..mmg dh lama sgt la.

9.50 pagi
Langkah pertama dimulakan selepas membaca doa.. Ya ALLAH...restuilah perdakian ini..aMiN.
Perjalanan fasa 1 yang menyeronokkan + bersemangat waja.

Perjalanan fasa 1 ~ kurang mencabar...kata Adi..jadi tunggu untuk perjalanan seterusnya.

12.00 tengahari
Setelah hampir 1 jam 30 minit kami sampai di sungai terakhir- Lubuk Hantu. Kami melepaskan lelah dan menikmati makan tengahari. Di sini kami bersama satu geng dari KL..dalam 10 orang jugak la..mereka juga seperti kami..ingin menakluk puncak Gunung Liang..~!!

Lubuk Hantu ni agak cantik..macam nk terjun je tapi sayang nak basahkan baju..hihi..sabar yea Cik Mas...~!esok berendam la...hihi

Lunch itu kami - abg ayien masakkan megi kari telur..huhu...sedap sungguh dan yang pasti..teh O panas..nyum...nyum...

1.00 petang
Perjalanan fasa II.
Pergggghhhhh...lepas je Lubuk Hantu tue...treknya memang mencabar..mana taknye..terus mencanak~!!(betoi la kata Adi tadi..)

Keazaman yang tinggi membuatkan aku teruskan perjalanan.
'Perjalanan ini terasa...' (ehh dh macam lagu PL plak...baru teringat klu xde aral.memang diz week geng FC UPSI nk naik Liang...but sebab ade aral tak jadi..naseb baik abg ayien offer join die..tQ abg Ayien..)

Perjalanan ke permatang ni ntah berapa kali aku stop..memang mencanak la..stop n snap..hihi mana tak nye..dh x fit n penat~!!hahaha...kne training lebih lagi ni.. Perjalanan fasa II ~ banyak halangan coz banyak pokok tumbang but okey la coz masih boleh melepasinya... Gunung Liang ni adalah sebahagiian hutan simpan kekal Perak~jadi memang banyak la pokok2 besar+ tak terpeluk aku...memang besar la..

lubuk hantu

besaunya

Perjalanan ini alhamdulillah ak xde kejang ke ape ke..tapi.. Tom salah sorg peserta UTP kejang..sian gak tgk die..aku?alhamdulillah..masih bertahan..semangta2..xsabar nk sampai Permatang..

4.30 petang
Akhirnya...aku selamat sampai kt Permatang..
~kemas2 ape yg patut + g mandi...xsabor la kononnye nk mandi...ingat air sungainye besor...turun2 je..nampak macam anak sungai je..tapi..air die xsah kata...sejuk ya amat...macam ais sejuk..memang sejuk la...

Naik je atas dh nampak abg Yo bersiap sedia ngan tepung cucur lemak manis..masa untuk menggoreng~!boleh tahan gak cucur ni..tapi aku xleh blah coz manis..huhu...sori...nasib baik ade biskut..cicah la ngan teh O...

menu minum petang : cucur lemak manis + teh O + biskut gula

Then..nyembang dan nyembang...macam2 cite kuar...huh memang rindu nk berPL...semabng sambil prepare untuk dinner...menu yang meriah..apakah?

nyum..nyum menu spesel di permatang : nasi putih, papadom, ayam masak merah, telur hancur berkismis dan ikan sepat masin.
17 April 2010

MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMAN
Naik ke Puncak
9.20 pagi
Mula pendakian. Trek yang sederhana...xla mencanak sangat...tapi mencanak jgak la..hihi
Just enjoy the step n stop n snap..hahah.

10.30 pagi
Sampai di puncak.
Pemandangan yang cantik...Indah sungguh ciptaanNya.