Thursday, August 12, 2010

SAHUR, PUASA, IFTAR & TERAWIH

alhamdulillah...
2 hari telah berlalu...
2 hari jugalah umat islam sudah berpuasa...

Ya Allah terima kasih atas rahmatMu...
bersyukur sangat Ramadhan kali...diri ini masih di sini..
bersama-sama berpuasa...iftar dan berterawih.
moga Ramadhan ini akan dipenuhi sepenuh-penuhnya.Insyaallah~!

Definisi

Sahur
(Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut Sehri, Sahari dan Suhoor, ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan ramadhan. Ia di lakukan sebelum waktu imsak. Sahur ialah makan di waktu pagi manakala iftar ialah makan di waktu petang untuk berbuka puasa pada bulan ramadan.

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Iftar
(Arab: إفطار), merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Umat Islam digalakkan iftar dengan buah kurma atau makanan manis lain.

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

sumber : From Wikipedia, the free encyclopedia


Tahun ini, pertama kalinya berpuasa setelah bekerja, berpuasa bersama rakan-rakan. Bersama rakan serumah ~ Kak Wahida dan Kak Ainor.Moga Ramadhan ini penuh barakahMu. Terasa seronok kali ini..makan bersama..semua bersama..
Ramadhan ini juga ingin ku tekadkan di hati :
i) mahu bersahur
ii) nak masak untuk berbuka
iii) mahu berterawih
iv) mengaji

Kak Wahida dan Kak Ainor..
bersama kita mengimarahkan Ramadhan ini.


Bersama mengimarahkan Ramadhan




No comments:

Post a Comment