Tuesday, January 31, 2012
Jan..Jan..Januari 2012
Sunday, July 31, 2011
Salam Ramadhan
Monday, July 25, 2011
Masa berlalu pantas
Tuesday, April 12, 2011
kesakitan
Habis bab mengemas..actly dalam masa tu lutut ku mula rasa sakit but xde la nak kecoh coz pk mayb sebab naik tangga turun tangga kan..normal la..
Then..kehidupan seperti biasa..keje balik rumah. Dalam tempoh tue, aku train budak2 ni netball.Dorang main aku bukan leh duduk saje..ade la gak join ngan dorg n xla baut aksi terlampau.main cm biasa je..Malam ade la rasa sakit..but aku still ignore..huhu
Semalam..(11 April 2011)
Keadaan sudah xtertahan ..
memang sakit..duduk menonton acara kemuncak Olahraga MSSPk kat Stadium Proton City, then kene bangun sebab hujan..masa nak mula jalan tue mula terasa..cam sendi lutut bergesel..ntah la..xpandai nak menterjemahkannya..
Balik rumah malam tue then check lutut, ade lebam...huk~!seyes?cm xcaye je..hope xla teruk..hanya sementara saja kesakitan ini.Amin.
Finally pagi tadi amek keputusan utk g jmpe doktor..
then Dr kata kene rehat xleh lasak2 n wut aktiviti..
~awak duduk je kat tepi padang..bagi arahan suh budak2 main..ok?
so dapat la MC 2 hari...
so..take it series ~!
makan ubat dan banyakkan rehat.
Wednesday, March 30, 2011
3 in 1
berkurun lamaa....
Monday, October 4, 2010
mengenang kembali
Bermula 1 Syawal...sememangnya diri ini tak menang tangan, sibuk menerima kunjungan tetamu. Alhamdulillah murah rezeki orang kata.
potret keluarga
niat di hati cube nak menghabiskan puasa 6..tapi macam x berjaya je...
mudah2an ada la Syawal tahun depan...
amin ya Allah...
3 Syawal yg lalu merupakan saat paling best bagi diri ini~ (mood xmou ingt benda x best)
Alhamdulillah...kami sekeluarga dapat berkumpul di rumah mak abah..semua ada...dari kakak dan anak2...hingga la ke udin..Alhamdulillah...
Semoga Syawal akan datang lebih bermakna..
amin ya ALLAH~!
Friday, September 10, 2010
tiada makna
Monday, September 6, 2010
rasa apakah ini?
entah kenapa...diri ini tertanya2 juga..
apa beza mereka dengan aku?
oohhh...anasir jahat ini mengganggu perasaan ini..
Thursday, September 2, 2010
selamat bercuti
berakhir sudah persekolahan hari ini..
mulai esok mula bercuti sampai la ke lebaran...
inilah rezeki menjadi cikgu...
di kesempatan ini Mas ingin mengucapkan :
~ selamat bercuti
~ hati-hati pulang bercuti~pandu cermat jiwa selamat...
~ jaga diri
~ bagi yang nak UPSR, PMR dan SPM..jangan enjoy sgt..bukak buku jgak cuti ni
dan tak lupe jgak..
MAAF ZAHIR BATIN
Tuesday, August 31, 2010
bahagia
masih meneruskan 10 Ramadhan yang terakhir...
ya ALLAH moga rasa bahagia ini berterusan....
bersama mengimarahkan 10 ramadhan terakhir ini
Monday, August 23, 2010
Temuduga
alhamdulillah..kembali semula menulis....
Minggu lepas ada hari yang paling penting buat diri ini...
Kenapa?Apakah ianya?
o0Oooo...ni la nak kongsi...
19 Ogos 2010,
Tarikh temuduga SPP~Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan...
oohhh ini adalah temuduga pertama untuk tahun ini...
ini temuduga untuk ke jawatan tetap PPPS DG41...
oohhh...memang berdebar...
ready dalam tak ready..seyes itulah rasa di dalam diri ini.
tapi..buat2 yakin dan selamba je..
Selepas sahur, bergerak menaiki Black saya yang cantek...menuju ke Tasek Damai...thanks kepada abah yang sangat membantu..ohhh anakmu ini telah menyusahkan abah..terima kasih abah...hantar Yah..
Menjadi orang pertama yang ditemuduga..ohhh xpenah dibuatnye...macam2 panel tue tanya;...
seyes terasa tau tapi macam xmau keluar dari mulut ini...oohhh seksanya perasaan ini. Dalam 20 minit gak la bersoal jawab...akhirnya, alhamdulillah dah keluar tue rasa lega dan hanya fikir nak balik dan xnak fikir dah..mudah2an ade berita baik selepas ini
Tuesday, August 17, 2010
Seminggu sehari telah berlalu...
Moga Ramadhan ini berlalu dengan penuh barakah.
aMiN Ya Allah.
Sunday, August 15, 2010
syukur
Bersyukurnya masih berpeluang berpuasa dan berbuka dengan mak abah..sememangnya rezeki dan bertuahnya diri ini bekerja di daerah sendiri...alhamdulillah.
Petang itu, (13 Ogos 2010) bersama mak membakar ikan keli...rasa sayu pon ade..ooohhh apakah perasaan ini..sesungguhnya diri ini sangat beruntung ya Allah.Terima Kasih Ya Allah.. Sambil membakar ikan keli, aku mengambil peluang menolong mak..katanya nak buat gulai lemak tempe dan tauhu..ohhh sedap tu..
Jadi, petang itu kami 3 beranak berbuka dengan nasi putih+ikan keli bakar+air asam+gulai lemak tempe dan tauhu.Itulah rezeki kami..terima kasih Ya Allah...
Malam semua berterawih..alhamdulillah masih ramai musliamat yang ke masjid dan berjemaah terawih.Alhamdulillah...
14 Ogos 2010 ~ my Mr B coming...thanks 2 my bro, Abg Emi dan isteri...cayang korang..
Petang tu bawak Arief dan Hanna ke bazar Trolak, Arief dengan air soyanya dan Hanna dengan kuih itamnye (nama kuih xingt). Berbuka petang itu agak meriah, abg Emi dan Kak Raihan balik..Hanna dan Arief juga ada bersama..
ooohhh...bestnye kalau dapat berkumpul ramai-ramai~!
xpe la...masing2 ade halnya..moga ade kesempatan
Thursday, August 12, 2010
SAHUR, PUASA, IFTAR & TERAWIH
2 hari telah berlalu...
2 hari jugalah umat islam sudah berpuasa...
Ya Allah terima kasih atas rahmatMu...
bersyukur sangat Ramadhan kali...diri ini masih di sini..
bersama-sama berpuasa...iftar dan berterawih.
moga Ramadhan ini akan dipenuhi sepenuh-penuhnya.Insyaallah~!
Definisi
Sahur (Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut Sehri, Sahari dan Suhoor, ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan ramadhan. Ia di lakukan sebelum waktu imsak. Sahur ialah makan di waktu pagi manakala iftar ialah makan di waktu petang untuk berbuka puasa pada bulan ramadan.
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Iftar (Arab: إفطار), merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Umat Islam digalakkan iftar dengan buah kurma atau makanan manis lain.
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Ramadhan ini juga ingin ku tekadkan di hati :
i) mahu bersahur
ii) nak masak untuk berbuka
iii) mahu berterawih
iv) mengaji
Kak Wahida dan Kak Ainor..
bersama kita mengimarahkan Ramadhan ini.
Tuesday, August 10, 2010
Kenikmatan
yang di tunggu-tunggu telah tiba...
malam tadi selamat menunaikan solat sunat terawih di Surau As-Saadah Taman Sri Damai...
alangkah indahnya dan bersyukur dengan kehadiran Ramadhan...
solat berjemaah dan bersama mengimarahkan Ramadhan ini
Mudah-mudahan Ramadhan ini bukan hanya meriah dan semangat berkobar-kobar memenuhi ruang-ruang masjid dan surau di awal Ramadhan, biarlah ianya semakin hari semakin mendekatkan diri kita kepadaNya dan merebut peluang di bulan mulia ini.
Tanamkan azam di hati ini agar menghayati Ramadhan...
+ menghargai peluang dan ruang yang ada
+ perbanyakkan zikir dan selawat
+ kurangkan tidur
+ istiqamah dalam bersahur dan berterawih..
+ buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.
Monday, August 9, 2010
Ramadhan al Mubarak
ahlan wasahlan ya Ramadhan...
ahlan wasahlan ya Ramadhan...
Mari bersama kita mengimarahkannya~!!
Esok 10 Ogos 2010 tarikh melihat anak bulan..
moga bulan kelihatan dan kita akan berpuasa mulai 11 Ogos 2010
SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT~
Friday, August 6, 2010
HIDUP INI INDAH
Ini adalah nota untuk siaran pagi Isnin 5 Julai 2010: Slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias di Radio IKIM.FM 91.5, pada jam 7:30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat di sepanjang bulan Julai.
Bersama hayati :
MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN
- Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
- Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen. Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
- Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
- Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
- Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
- Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.
- Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN
- Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
- Nabi SAW bersabda: صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
- Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
- Wal-‘Asr
Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com